HARI BERSAMA PELANGGAN SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK KONSORTIUM E-MUTIARA BERHAD

3 Mac 2018 - Hari Bersama Pelanggan Sempena Perayaan Jubli Perak Konsortium E- Mutiara Berhad diadakan di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad, Majlis bermula dengan Kayuhan Basikal “Fun Ride 25 Tahun Jubli Perak Ekspres Mutiara” yang dilepaskan oleh Pengarah JPJ Negeri Kelantan YBrs.Tuan Mahasan Bin Mustapa,Kayuhan bermula dari Depo KEMB ke Pantai Irama Bachok dan berpatah balik ke Depo KEMB merangkumi jarak sejauh 35 kilometer. Antara acara lain yang diadakan ialah pendaftaran kad kesetiaan edisi 25 tahun Ekspres Mutiara,Peraduan Mewarna,Aktivi bersama Agensi-agensi kerajaan,Cabutan bertuah untuk pengunjung.Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan Dan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan Sempena Perayaan Jubli Perak Ekspres Mutiara Dirasmikan Oleh Ketua Polis Negeri Kelantan YDH DCP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan berlansung pada tengah hari manakala di sebelah petang Sesi THR Gegar bersama pengunjung,Swafoto dan Kuiz Bersama TRW,Cabutan Pengunjung Bertuah dan Saringan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan. Pada sebelah malam pula berlansung Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan,yang dimenangi oleh kumpulan Seri Budi Jati dari Bachok.

 

TOP